“Always…No Matter What,” – Ini Mesej iKON, Bobby & DK Buat iKONIC
Semalam, dua ahli iKON iaitu DK dan Bobby memuat naik foto dipercayai mesej buat para iKONIC…
Semalam, dua ahli iKON iaitu DK dan Bobby memuat naik foto dipercayai mesej buat para iKONIC.
Kedua-dua mereka memuat naik foto berbentuk percikan air hujan di laman Instagram masing-masing. Untuk pengetahuan, air hujan dalam bahasa hangul adalah bi.
Kemudian, DK meninggalkan komen ‘Always…right?’ dan dibalas pula Bobby, ‘No matter what,’.
iKONIC percaya bahawa itu semua adalah mesej buat peminat bahawa mereka akan tetap bersama, walau apa pun terjadi. Malah, mereka turut menulis dalam bahasa Inggeris untuk kesemua internation iKONIC juga.
Susulan itu, turut trending di laman sosial media, #Always7KonRight sebagai tanda sokongan peminat kepada iKON.
Nampaknya, iKONIC dan iKON sendiri masih belum putus asa dan berharap agar satu hari nanti bahawa OT7 akan bersatu kembali.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



