Twice Mina Tidak Join World Tour ‘Twicelight’ Kerana Masalah Kesihatan
Ahli Twice, Mina dilaporkan akan berehat sementara berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya kebelakangan ini…
Ahli Twice, Mina dilaporkan akan berehat sementara berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya kebelakangan ini.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensinya, JYP Entertainment. Malahan, Mina juga tidak akan terlibat dengan Konsert Jelajah Twicelight yang juga akan turut singgah ke Malaysia pada Ogos depan.
“Hello, ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin mengumumkan berkaitan status dan kesihatan Twice Mina.
“Mina kini sedang menghadapi masalah kebimbangan terlampau dan juga tidak berupaya untuk membuat persembahan di atas pentas. Diagnosis masih belum dilakukan tapi kami kini dalam proses untuk mengenal pasti masalahnya.
“Setelah berbincang dengan Mina dan juga ahli Twice yang lain, kami memutuskan yang keadaannya kini memerlukan rawatan yang rapi, profesional dan juga rehat yang secukupnya.
“Dengan keputusan tersebut, Mina tidak akan mengikuti program Twice World Tour 2019 Twicelight.
“Kesihatan artis kami adalah yang kepentingan kami dan paling penting, kami akan melakuakan apa yang terbaik untuk kesihatan Mina dan juga rehat yang secukupnya untuk proses penyembuhan.
“Kami memohon sokongan peminat supaya Mina cepat sembuh. Terima kasih,” tulis kenyataan tersebut.
Konsert Twice World Tour 2019 Twicelight bakal diadakan di Malaysia pada 17 Ogos bertempat di Axiata Arena bermula jam 4.30PM dan dibawakan oleh IME.
Setakat ini, tiket bahagian CAT 3 dan CAT 4 sudah pun habis dijual!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



