Kangin Umum Keluar Super Junior, Minta Maaf Pada Semua!
Setelah sekian lama diminta untuk keluar daripada Super Junior, akhirnya Kangin tunduk pada permintaan ramai…
Setelah sekian lama diminta untuk keluar daripada Super Junior, akhirnya Kangin tunduk pada permintaan ramai.
Ahli Super Junior itu membuat pengumuman menggunakan laman Instagramnya, hari ini.
“Hai, ini adalah Kangin. Sudah lama saya bertemu dengan korang semua. Hari ini, saya amat berbelah bahagi untuk menyampaikan berita ini kerana ia adalah berita buruk namun saya menulis kenyataan ini setelah berfikir panjang.
“Setelah begitu lama, saya akan berhenti menggunakan gelaran ‘Super Junior’.
“Saya sentiasa rasa bersalah dengan ahli-ahli lain. Saya selalu memikirkan ia adalah perkara terbaik untuk berbuat keputusan dengan cepat.
“Namun, oleh kerana pihak pengurusan sering menyokong tindakan bodoh saya, saya rasa bersalah dan tidak mampu untuk menjadi berani. Saya juga merasakan bahawa sata tidak patut membuat keputusan seorang diri.
“Bagaimanapun, saya berkeputusan untuk tidak melengah-lengahkan keputusan saya lagi. Melihat ahli-ahli saya yang lain melalui perkara yang tidak seharusnya mereka lalui hanya kerana masalah saya.
“Paling penting, saya merasa bersalah terhadap E.L.F (peminat Super Junior) yang banyak memberikan kasih-sayang dan sokongan kepada saya selama 14 tahun.
“Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini namun sama ada bersama Super Junior ataupun solo, saya sentiasa akan rasa bersalah dan bersyukur, perasaan itu selamanya akan berada di dalam hati saya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli dan staf pengurusan yang selama ini menjaga saya. Selamanya, saya akan menyokong Super Junior, terima kasih,” tulisnya.
Perkara itu turut disahkan oleh agensi pengurusannya, SM Entertainment.
“Kangin memutuskan untuk keluar daripada Super Junior di atas keputusannya sendiri dan kami menghormati keputusan tersebut. Namun, kontraks ekskusifnya bersama kami masih lagi ada,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Kangin dikritik teruk kerana menjadi punca Super Junior tidak boleh comeback dengan ahli penuh kerana kes memandu di bawah pengaruhnya itu.
Susulan itu juga, terdapat juga petisyen meminta dia dikeluarkan daripada grup tersebut oleh netizen.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



