Apakah Nasib Iz*ONE Dan X1?
Label grup Iz*ONE dan X1 baru-baru ini berbincang tentang masa depan kedua-dua grup tersebut setelah dihimpit kontroversi…
Label grup Iz*ONE dan X1 baru-baru ini berbincang tentang masa depan kedua-dua grup tersebut setelah dihimpit kontroversi.
Malah, kedua-dua grup tersebut juga diminta untuk bersedia dibubarkan pada bila-bila masa sahaja.
Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua grup tersebut kini dalam proses direhatkan sementara kerana isu yang melanda.
Dalam pada itu, label grup Iz*ONE turut mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa keadaan kini terpulang kepada CJ ENM.
“Memandangkan kontroversi melibatkan penipuan dalam sistem undian serta kononnya senarai ‘pemenang’ sudah dipilih sejak awal, ahli-ahli kini semakin risau dengan keadaan ini.
“Setakat ini kami berjaya meminta mereka bertenang namun keadaan sekarang tidak membenarkan kami untuk promosi grup.
“Ini merupakan perkara yang besar dan kami memandang perkara ini dengan serius. Keputusan akhir tentunya kepada CJ ENM.
“Namun kerana kami tidak lagi boleh mempromosikan grup satu keputusan akan dibuat dengan segera tidak kiralah apa pun siasatan pihak polis.
“Setakat ini, X1 masih ada jadual di luar negara tapi turut difahamkan tidak akan dibenarkan untuk mempromosikan grup itu lagi.
“Keadaan bertambah buruk apabila nama-nama ahli yang ‘diberi kelebihan’ didedahkan. Berikutan itu, kami harus menghentikan promosi grup tersebut bagi mengelakkan lebih banyak masalah yang berlaku,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, produser rancangan Produce 101 telah pun ditahan polis bagi membantu siasatan dakwaan bahawa terdapat penipuan dalam memilih 11 ahli grup rancangan tersebut.
Setakat ini grup Iz*ONE dan X1 menerim kecaman hebat kerana dua grup ini terlibat dalam kontroversi tersebut.
Sumber: Allkpop & Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



