Army Ini Mohon Maaf Sebab ‘Terover’ Bila Ambil Trofi Atas Pentas Pada ABPBH32
Umpama rumah dah siap namun pahat masih lagi berbuny. Itulah situasi yang dihadapi oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang berlangsung hujung minggu lalu…
Umpama rumah dah siap namun pahat masih lagi berbuny. Itulah situasi yang dihadapi oleh Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang berlangsung hujung minggu lalu.
Semuanya, gara-gara kategori baru yang diperkenalkan oleh anugerah berprestij tersebut iaitu Artis Korea Popular yang dimenangi oleh grup BTS.
Difahamkan salah seorang Army iaitu peminat grup tersebut yang kelihatan terlalu gembira ketika mengambil trofi kemenangan kumpulan kesayangannya.
Susulan itu, wanita yang dikenali sebagai Mastura Jamil, 50 tahun dikecam hebat oleh netizen yang mengatakan bahawa dia kelihatan over.
“Pada awalnya saya hanya datang sebagai penyokong sehinggalah BTS diumumkan sebagai pemenang dan pihak BH meminta agar saya menjadi wakil naik keatas pentas.
“Saya tidak buat apa-apa persiapan pun baik dari segi ucapan mahupun pakaian. Mungkin sebab terlalu teruja, kelihatan macam over pula. Siapa yang tak excited bila penyanyi kesayangan menang kan?
“Saya sedar ramai yang kecam di media sosial, jadi saya juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan,” katanya kepada Mstar.
Dalam pada itu, Mastura turut berkongsi minatnya kepada penyanyi lagu No More Dream itu muncul kerana anaknya yang turut meminati kumpulan sama.
Tambahnya lagi, dia sedar bahawa dirinya diperkatakan ramai disebabkan kemunculannya itu namun dia tidak mengambil pusing.
“Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sama dan datang untuk sokong BTS.
Berkenaan dengan dakwaan orang ramai yang kononnya BTS tidak tahu akan kemenangan mereka, saya sudah berbincang dengan beberapa pengendali Army Malaysia untuk menghantar hadiah tersebut ke Korea Selatan.
“Trofi tersebut akan diserahkan kepada label BTS iaitu Big Hit Entertainment menggunakan pos dalam masa terdekat ini,” katanya lagi.
Semoga dengan penjelasan Mastura itu dapat sedikit sebanyak menutup mulut orang ramai yang berkata-kata ya. Spread love not hate!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



