“Kamu Tahu Tak Mereka Tu Mahal,” – Ini Respon Hanbyul Bila Kena Tanya Nak Bawa BTS Ke Malaysia
Nama Hanbyul semakin diperkatakan rakyat Malaysia apatah lagi sering memberikan persembahan yang solid saban minggu di pentas Big Stage 2019…
Nama Hanbyul semakin diperkatakan rakyat Malaysia apatah lagi sering memberikan persembahan yang solid saban minggu di pentas Big Stage 2019.
Untuk cabaran minggu ke-tujuhnya, Hanbyul akan membawakan lagu grup popular, BTS dan Halsey iaitu Boys With Luv.
Susulan itu, memandangkan dia sebelum ini merupakan penyanyi dan pengacara di Korea Selatan, ada yang bertanyakan sama ada dia pernah bertemu atau berkawan dengan ahli-ahli grup tersebut.
“Ya, tentulah ada. Kalau kami berjumpa di mana-mana tentu akan bertegur. Malah, sebenarnya mereka antara orang pertama saya ‘bertegur’ ketika mula-mula berada di dalam industri.
“Mungkin yang paling mudah untuk saya berinteraksi adalah RM (Namjoon) kerana dia boleh berbahasa Inggeris tapi kalau jumpa mereka memang akan bertegur,” katanya kepada Budiey Channel.
Dalam pada itu, Hanbyul juga turut menolak kemungkinan untuk sama-sama beraksi di pentas Malaysia.
“Tidaklah, kamu tahu tak betapa mahalnya mereka?” soalnya kembali.
Sering kali muncul di top 3 untuk pertandingan Big Stage 2019, nampaknya Hanbyul mempunyai peluang yang cerah kan?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



