Bang Yedam & Mashiho Sah Tinggalkan TREASURE!
Perkara yang ditakuti nampaknya telah pun menjadi kenyataan!…
Perkara yang ditakuti nampaknya telah pun menjadi kenyataan!
YG Entertainment mengesahkan bahawa Bang Yedam dan Mashiho kini sah tinggalkan grup mereka iaitu TREASURE dan juga agensi mereka.
Perkara tersebut disahkan di dalam satu kenyataan rasmi oleh agensi tersebut.
“Hai, ini adalah YG Entertainment. Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua TREASURE MAKERS yang sentiasa memberikan sokongan pada TREASURE.
“Di sini kami ingin berkongsi perkembangan terbaru grup ini. Mulai hari ini, TREASURE akan bergerak dengan 10 orang ahli iaitu – Choi Hyun Suk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Yoon Jae Hyuk, Asahi, Do Young, Haruto, Park Jeong Woo dan So Jung Hwan.
“Setelah berbincang secara serius, dua ahli iaitu Bang Yedam dan Mashiho mengambil keputusan untuk keluar daripada grup mengikut sebab masing-masing.
“Dipercayai, Mashiho memerlukan lebih masa untuk pulih daripada masalah kesihatannya manakala Bang Yedam pula ingin mengejar karier sebagai produser.
“Kami di YG Entertainment mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan berterima kasih kepada para peminat yang sering memberikan,” kata kenyataan tersebut.
Terdahulu, Bang Yedam dan Mashiho mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni atas sebab tersendiri.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






