Terokai Gaya Hidup Korea Di MOKKOJI KOREA 2022!
Teringin untuk mempelajari mengenai budaya masyarakat Korea?…
Teringin untuk mempelajari mengenai budaya masyarakat Korea? Namun kos untuk ke negara yang popular dengan ‘K-culture’ itu pula tiada. Jangan risau kerana KOREA akan datang kepada anda!
Kalau anda nak tahu, MOKKOJI KOREA merupakan satu festival di mana peminat hallyu boleh belajar dan alami sendiri pelbagai aspek gaya hidup di Korea termasuklah makanan, kecantikan, fesyen dan juga cara permainan.
Pelbagai aktiviti menarik yang menanti pengunjung di Festival yang bakal berlangsung selama 2 hari bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur pada 12 & 13 November.
Antara aktivitinya adalah Acara Tepuk Ria (High-Five Event)”, “Kuiz OX Gaya Hidup Hallyu”, “Cabaran Tarian Rawak (Random PlayDance)”, “Persembahan Tarian K-Pop”, dan “Cabutan Bertuah Barangan K-Pop” di PENTAS MINI.
Terdapat juga pelbagai acara yang telah dijadualkan, antaranya “Kelas Memasak” bersama Chef Korea, dan “Kelas K-Beauty” oleh Shinbia, yang bertujuan untuk membantu para pengunjung tempatan menghargai budaya Korea dengan lebih mendalam.
Haa… tak sah lah kalau tiada artis Kpop kan? Anda juga berpeluang untuk ‘high 5’ dengan artis Korea Selatan iaitu Jeon Somi, Moonbin & Sanha Astro serta Blank2y! Mereka juga akan mengadakan konsert khas untuk penonton yang hadir.
Okay, sebenarnya ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang menanti anda di MOKKOJI KOREA. Psstt, pakaian hanbok pun ada tau! Jadi, kalau nak rasai sendiri pengalaman berada di Korea, kenalah hadiri festival ini!
Jumpa di sana!!!
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








