Baru Debut Tapi Ahli Secret Number Dah Ada Skandal? Ini Respon Agensinya
Semalam, industri hiburan Korea Selatan menyaksikan satu lagi kumpulan baru yang debut semalam iaitu Secret Number…
Semalam, industri hiburan Korea Selatan menyaksikan satu lagi kumpulan baru yang debut semalam iaitu Secret Number.
Uniknya mengenai kumpulan ini apabila salah seorang ahlinya merupakan anak kelahiran negara jiran iaitu Indonesia.
Pada mulanya, kumpulan yang debut dengan lagu Who Dis itu sepatutnya debut pada Mac lalu namun terpaksa menundanya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Namun begitu, baru beberapa jam debut, salah seorang ahlinya dilanda kontroversi iaitu Soodam apabila bekas rakan sekolahnya meninggalkan komen mengatakan bahawa dia seorang pembuli dan terlibat dengan perkara ganas melibatkan rakan sekolah lain.
Susulan itu, agensi Secret Number iaitu Vine Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
“Kami ingin menerangkan mengenai isu melibatkan ahli Secret Number iaitu Soodam adalah palsu.
“Kami mohon agar orang ramai tidak terus menyakiti artis kami dengan kenyataan yang menyakitkan.
“Selain itu, kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu berkaitan dengan artis di bawah naungan agensi kami,” tulis kenyataan itu.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






