Tweet Peminat Sasaeng Seventeen Woozi Tersebar. Menyeramkan Betul!
Peminat sasaeng sangatlah dibenci baik oleh selebriti mahupun di kalangan para peminat sendiri…
Peminat sasaeng sangatlah dibenci baik oleh selebriti mahupun di kalangan para peminat sendiri.
Bukan sahaja mereka sangat berbahaya malah banyak kes melibatkan privasi selebriti yang dilanggar oleh peminat sasaeng ini.
Terbaru, tersebar di laman media sosial melibatkan peminat sasaeng Seventeen Woozi.
Dipercayai, peminat tersebut mengikut Woozi menaiki penerbangan sama semaaa dia mengikuti konsert jelajah bersama kumpulannya.

Terjemahan:
“Hooni tidur dengan nyenyak semasa di dalam pesawat. Dia meletakkan kedua belah tangannya di dada dan menyelimuti dirinya. Rasanya ini semasa penerbangan ke Jepun ataupum Vietnam.
“Dia terlalu penat hingga tertidur keletihan sebelum penerbangan berlepas. Dia kemudian bangun semula, jatuhkan kerusinya dan sambung tidur.
“Saya tak pernah lihat dia makan makanan di dalam pesawat, boleh tak saya nak ambil bahagiannya? Hehehe
“Saya duduk di bahagian hadapan pesawat manakala dia pula di bahagian belakang. Semasa hendak turun, saya perasan di bahunya tergantung tuala pesawat jadi saya panggil dia ‘Ji Hoon’. Entah macam mana jatuh pula tuala itu.
“Mujur dia perasan dan kutip tuala yang terjatuh itu. Dia kemudian mengangguk kepada saya sebelum keluar daripada pesawat,” tulisnya.
Omo, menakutkan!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






