Park Seo Joon Dedah Tips Dia Kekal Waras Sewaktu Stress
Siapa je yang tak kenal dengan pemilik nama Park Seo Joon? Sudah banyak drama hits yang dibintanginya…
Siapa je yang tak kenal dengan pemilik nama Park Seo Joon? Sudah banyak drama hits yang dibintanginya.
Antara drama popular lakonannya adalah Itaewon Class, What’s Wrong With Secretary Kim, Fight My Way, She Was Pretty, Hwarang dan banyak lagi.
Kini, sudah hampir 10 tahun aktif dalam bidang lakonan, pastinya dia tidak lari daripada stress.
Menerusi temubualnya dengan T Singapore, dia mendedahkan cara mengatasi stress yang dihadapinya dan memastikan dirinya kekal waras.
“Saya akan berkongsi masalah yang dihadapi dengan rakan yang boleh dipercayai.
“Memanglah ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah atau stress saya tapi sedikit sebanyak dapat melegakan serta memberi tenaga kepada saya untuk mengharunginya,” kongsinya.
Sementara itu, Seo Joon turut berkongsi kepayahan bergelar seorang pelakon.
“Masalah paling utama adalah untuk mengasingkan karakter lakonan dan juga kehidupan peribadi.
“Mula-mula agak sukar untuk saya berbuat demikian tapi lama-lama dah okay. Cuma, antara yang masih sukar untuk saya adalah membiasakan diri di persekitaran baru,” kongsinya lagi.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






