Bekas Peserta Voice Korea, Woo Hye Mi Ditemui Mati Di Rumahnya!
Semalam, dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian salah seorang peserta program Voice Korea, Woo Hye Mi yang ditemui mati di rumahnya…
Bekas Peserta Voice Korea, Woo Hye Mi Ditemui Mati Di Rumahnya!
Semalam, dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian salah seorang peserta program Voice Korea, Woo Hye Mi yang ditemui mati di rumahnya.
Agensinya, Syarikat Leessang menjelaskan bahawa mereka hilang komunikasi dengan penyanyi yang baru sahaja melancarkan mini albumnya pada Julai lalu semalam.
“Kami tidak tahu mengenai kematiannya. Semalam sepatutnya kami mempunyai mesyuarat bersama pengarah untuk muzik video single terbarunya dan kami juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.
Setakat ini juga, pihak polis masih mengenal pasti punca kematian.
Untuk pengetahuan, Woo Hye Mi berjaya menempatkan diri hingga ke peringkat suku akhir Voice Korea dan kemudian menyertai syarikat Leessang serta debut pada tahun 2015 lalu.
Dalam pada itu, selebriti, Sonnet Son atau nama sebenarnyanya Son Seung Yeon memuat naik ‘appreciation post’ buat sahabatnya itu di laman Instagramnya. Kedua-dua mereka mula rapat ketika menyertai program tersebut.
“Maafkan adikmu yang bodoh ini kerana jarang bertanyakan khabar dan bertemu dengan kamu kerana saya terlalu sibuk dengan hidup saya sendiri. Kamu sepatutnya berkongsi dengan saya perkara yang merisaukan kamu.
“Kita boleh pergi minum, untuk itu saya terasa dengan kamu. Unnie, kamu adalah penyanyi yang paling unik saya pernah jumpa, artis paling bagus menulis lagu. Kamu adalah ahli muzik sejak dilahirkan!
“Saya mendoakan kamu dapat berehat dengan tenang dan buat apa sahaja yang menggembirakan kamu,” tulisnya.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



