Dituduh Menggelapkan Wang Agensi, Adakah Itu Cubaan Balas Dendam Bekas Agensi Terhadap Sleepy?
Rapper, Sleepy dan bekas agensinya, TS Entertainment ‘berpisah’ dengan cara yang tidak baik apabila dia memfailkan saman terhadap agensi tersebut untuk membatalkan kontrak mereka…
Rapper, Sleepy dan bekas agensinya, TS Entertainment ‘berpisah’ dengan cara yang tidak baik apabila dia memfailkan saman terhadap agensi tersebut untuk membatalkan kontrak mereka.
Susulan itu, agensi itu kemudiannya memfailkan sama semula kepada rapper itu menuduh dia menggelapkan wang syarikat.
Tidak mahu disalah anggap oleh peminay, Sleepy mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut di laman Instagramnya, semalam.
“Saya kini sedang berselisihan faham dengan bekas agensi saya selama 10 tahun dan kontrak eksklusif bersama mereka telah dibatalkan. Dahulu, bila bekas ahli label memfailkan saman, saya mempercayai agensi saya.
“Namun begitu, apabila ketua meninggal dunia April lalu, banyak perkara yang saya tidak faham berlaku.
“Saya tidak menggelapkan wang syarikat. Saya kini sedang berusaha untuk mendapatkan wang yang sepatutnya menjadi hak saya dan juga duit yang sepatunya saya dapat menerusi saman ini.
Antara duit yang saya tak dapat adalah wang bayaran untuk pengurusan dan sewa rumah daripada bulan Julai hingga Disember 2018,” jelasnya.
Oh My! Semoga pertikaian Sleepy dan bekas agensinya ini dapat diselesaikan segera.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



