“Benda Ni Tak Kelakar”- Bront Palarae Kutuk Aksi Memalukan Penari Korea!
Kecoh baru-baru ini apabila seorang penari Korea Selatan yang menggunakan nama pentas ‘Babi’ menjadi mangsa buli siber rakyat Malaysia…
Kecoh baru-baru ini apabila seorang penari Korea Selatan yang menggunakan nama pentas ‘Babi’ menjadi mangsa buli siber rakyat Malaysia.
Malah, penari itu juga sempat meluahkan perasaan kecewa kerana dilayan sedemikian rupa sedangkan dia tidak memahami maksud perkataan berkenaan.

Ternyata ini bukanlah kali pertama rakyat Malaysia bertindak sedemikian. Penyanyi Dua Lipa juga pernah berdepan dengan situasi sama kerana perkataan babi itu.
Susulan itu, pelakon, Bront Palarae mengkritik tindakan tersebut menerusi sebuah status di laman Twitter miliknya.
“Pertama, benda ni tak kelakar dan tak faham di mana kelakarnya. Kedua, kita haris menghormati orang lain dahulu untuk diri kita dihormati.
“Ketiga, kalau kita tak boleh membanggakan negara, janganlah kita memalukannya pula,” tulisnya.
Komen tersebut mendapat banyak respon netizen yang kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif ini.
Apa-apapun semoga kita belajar daripada insiden ini dan sama-sama menjadi insan yang lebih baik.
Sumber: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






