AB6IX Lim Youngmin Kantoi Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol, Kini Direhatkan
Ahli AB6IX, Lim Youngmin ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan dia direhatkan sementara dan ‘comeback’ kumpulannya ditangguh…
Ahli AB6IX, Lim Youngmin ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan dia direhatkan sementara dan ‘comeback’ kumpulannya ditangguh.
Agensinnya, Brand New Music mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.
“Pertama sekali, kami mohon maaf di atas berita buruk ini kepada peminat grup AB6IX. Kami ingin memberikan penjelasan mengenai salah seorang artis di bawah jagaan kami iaitu Lim Youngmim yang ditangkap memandu mabuk serta segala aktiviti seninya direhatkan sementara.
“Dia (Lim Youngmin) ditangkap memandu di bawah pengaruh alkohol pada pagi 31 Mei 2020 setelah bertemu rakan-rakannya. Ketika memandu sendiri pulang ke dorm, dia ditahan polis dan lesen memandunya ditarik semula.
“Buat masa ini, Lim Youngmin sedang refleksi diri dan sekiranya siasatan dibuka untuk kes ini, dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
“Dia juga akan direhatkan sementara daripada semua aktiviti seninya. Malah, comeback AB6IX yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun ini akan ditunda kepada tarikh 29Jun.
“Kami memohon maaf sekali lagi kerana isu ini berlaku melibatkan salah seorang artis kami,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






