“Ketidaksamaan Kaum Sangatlah Menjijikkan,” – Selebriti Korea Selatan Beri Sokongan #Blacklivesmatter
Semalam, berlangsungnya satu kempen iaitu #Blacklivematter sebagai tanda sokongan kepada orang kulit hitam…
Semalam, berlangsungnya satu kempen iaitu #Blacklivematter sebagai tanda sokongan kepada orang kulit hitam.
Untuk pengetahuan, kempen tersebut berlangsung di mana orang ramai akan memuat naik foto berwarna hitam di laman media sosial masing-masing beserta #Blacklivesmatter
Ini semua adalah sebagai sokongan terhadap isu perkauman melibatkan orang kulit hitam di Amerika Syarikat serta kes George Floyd yang meninggal dunia dipercayai setelah dikasari oleh pihak polis.
Turut sama memberikan sokongan adalah selebriti Korea Selatan.








Dalam pada itu, rapper, Jessi yang juga merupakan anak kelahiran Amerika turut memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.
“Sangatlah menjijikkan untuk melihat ketidaksamaan kaum dan kekasaran pihak polis masih berlaku di dunia ini.
“Pembunuh dan rasisme tidak sepatutnya dibiarkan bebas setelah melakukam jenayah mereka.
“Sedih sangat hati ini melihatkan orang-orang ‘berwarna’ menjadi mangsa dan dilayan seperti penjenayah. Ini sangat tidak berperikemanusiaan!
“Kita mahukan keadilan buat George Floyd dan mereka yang menjadi mangsa ketidakadilan ini,” tulisnya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






