Bengang Mesej KaTalk Tidak Dilayan, Ku Hye Sun Luah Geram Di Instagram Dan Jelaskan Sebab Dia Ingin Keluar Dari Agensi
Penceraian antara pasangan pelakon, Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun ternyata mendapat liputan meluas pihak media apatah lagi kedua-dua belah pihak saling berbalas kenyataan dan menyalahkan antara satu sama lain…
Penceraian antara pasangan pelakon, Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun ternyata mendapat liputan meluas pihak media apatah lagi kedua-dua belah pihak saling berbalas kenyataan dan menyalahkan antara satu sama lain.
Terbaru, pelakon drama Boys Over Flower itu memuat naik perkongsian terbaru di laman Instagram mengenai mesejnya terhadap presiden syarikatnya, HB Entertainment di mana dia inginkan menamatkan kontraknya bersama syarikat tersebut.
“Hello presiden, saya tidak rasa bahawa Ahn Jae Hyun dan saya patut berada di bawah satu agensi yang sama dengan keadaan sebegini. Pengarah memberitahu saya bahawa anda akan menamatkan kontrak.
“Adalah sebaiknya jika kami menyelesaikan perkara ini sebagai pasangan yang telah berkahwin dan saya tidak mahu dia menyorok di belakang kamu seperti pengecut.
“Saya berkeputusan untuk meninggalkan syarikat dan akan melawan Ahn Jae Hyun. Saya mohon maaf di atas perkara yang tidak diingini ini dan saya sangat berterima kasih jika anda membatalkan kontrak,” tulisnya.
Dia kemudiannya berkongsi satu lagi mesej di mana Ku Hye Sun bertanyakan status kontraknya dengan syarikat tersebut.
“Kamu kata akan membatalkan kontrak saya jadi kenapa kamu tidak bersetuju dengan perkara ini? Kamu yang kata sangat janggal apabila dua selebriti yang sedang dalam proses penceraian berada di bawah satu syarikat.
“Kamu juga tidak membalas mesej saya. Tolong selesaikan perkara ini dengan baik,” tulisnya.
Dalam penjelasan Ku Hye Sun, dia menghantar dua mesej tersebut pada Ogos dan Oktober.
“Penglibatan syarikat dalam kes cerai ini menghilangkan kepercayaan saya terhadap syarikat malah CEO juga turut berkata buruk mengenai saya di dalam mesej kakaotalk.
“Setakat ini saya bekerja sendiri tanpa pertolongan pihak agensi. Kenapa Ahn Jae Hyun menolong saya menyertai syarikat ini dua bulan lalu? HB Entertainment, telah melanggar hak artis, mohon anda tamatkan kontrak saya secepat mungkin,” tulisnya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



