Datuk Seri Siti Nurhaliza Jawab Konon Bagi Favouritism Pada Artis Luar Di Big Stage 2019
Pentas Big Stage 2019 telahpun melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan peserta dari Korea Selatan, Hanbyul menyandang gelaran juara…
Pentas Big Stage 2019 telahpun melabuhkan tirainya semalam dengan menyaksikan peserta dari Korea Selatan, Hanbyul menyandang gelaran juara.
Susulan itu, ada sahaja mulut-mulut netizen yang mempersoalkan kemenangan Hanbyul kerana dia bukannya warganegara Malaysia.
Tidak mahu membiarkan isu ini berpanjangan, juri tetap program tersebut memberikan penjelasan semasa sidang media Big Stage.
“Bagi saya muzik ni universal, kita mempertaruhkan bakat dan kita boleh berkongsi bakat di pentas ini.
“Buat apa kita buka kepada orang lain, tapi kita nak peserta negara kita sendiri menang. Itu tidak ada persaingan namanya.
“Persaingan sihat adalah kita menilai sesuatu dengan telus dan kita jadikan ia sebagai cabaran untuk belajar. Itu yang saya dan Misha belajar semasa di Shanghai dahulu,”jelasnya.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh anak kelahiran Kedah, Neeta dan diikuti oleh Adzrin di tempat ketiga.
Irfan Haris dan peserta dari Indonesia, Dinda Permata memenangi tempat keempat dan kelima.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



