Konsisten Setiap Minggu, Hanbyul Juara Big Stage 2019
Menepati ramalan, Hanbyul merupakan pemenang Big Stage 2019 apabila dinobatkan sebagai juara program tersebut sebentar tadi…
Menepati ramalan, Hanbyul merupakan pemenang Big Stage 2019 apabila dinobatkan sebagai juara program tersebut sebentar tadi.
Saat diumumkan juara, Hanbyul nyata tidak dapat menahan air mata namun sangat terharu dengan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya.
“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah saya. Kepada team saya, anda tahu siapa anda.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih dan kepada Twinklers. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Untuk pengetahuan, Hanbyul merupakan peserta yang konsisten serta saban minggu memberikan persembahan yang hebat.
Oleh itu, tidak mengejutkan apabila dia muncul juara apabila menyanyikan lagu Lose Yourself nyanyian asal oleh Eminem dan lagunya sendiri Luka dan Bahagia yang dicipta oleh Haqiem Rusli
Tempat kedua disandang oleh Neeta diikuti oleh Adzrin, seterusnya Irfan haris di tempat keempat dan Dinda Permata di tempat kelima.
Foto:Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



