Sekali Lagi EXO Chanyeol Dikecam Netizen, Kali Ini Sebab Berkawan Dengan Bekas Ahli CNBlue, Jonghyun
Rapper grup EXO, Chanyeol sekali lagi berdepan dengan kecaman netizen yang kelihatan seperti mencari kesilapan dirinya…
Rapper grup EXO, Chanyeol sekali lagi berdepan dengan kecaman netizen yang kelihatan seperti mencari kesilapan dirinya.
Kali ini, Chanyeol dikritik setelah foto dia menghantar rakannya iaitu bekas ahli CNBlue, Jonghyun ke tentera pada Ogos tahun lalu.
Kalau sebelum ini, foto tersebut mendapat komen positif yang menunjukkan persahabatan dua idol itu, akan tetapi kali ini Chanyeol dikritik hebat kerana berkawan dengan manusia seperti Jonghyun.
Malah, netizen juga berpendapat bahawa penyanyi lagu Stay With Me itu wajar dikritik sebegitu kerana berkawan dengan Jonghyun.
Untuk pengetahuan, Jonghyun mengakui merupakan salah seorang ahli grup chat kontroversi Jung Joon Young dan sekali lagi dia kantoi apabila komen biadapnya terhadap seorang youtuber didedahkan individu tersebut.
Itu membuatkan dia mengumumkan pengundurannya daripada grup CNBlue.
Awal minggu ini, Chanyeol dikritik kerana mempromosikan lagu baru Zico di laman Instagramnya. Ini kerana ahli Block B itu dikhabarkan ada kaitan dengan grup chat kontroversi Jung Joon Young.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



