“Berhentilah Meminta-Minta…,” – Netizen Kecam VIINI Kerana Komennya Berkaitan BTS Jin
Semalam, selebriti VIINI atau nama sebenarnya Kwon Hyun Bin menjelaskan bahawa dia agak rapat dengan ahli grup BTS, Jin dalam sebuah rancangan di Mnet…
Semalam, selebriti VIINI atau nama sebenarnya Kwon Hyun Bin menjelaskan bahawa dia agak rapat dengan ahli grup BTS, Jin dalam sebuah rancangan di Mnet.
Bagaimanapun, dia kemudiannya berkongsi sebuah kisah bagaimana mereka berkongsi untuk membayar harga makanan setiap kali melepak bersama.
“Saya sangat rapat dengan Jin tapi dia selalu bahagi-bahagi harga makanan setiap kali keluar bersama walaupun karier dia lebih berjaya.
“Musim panas lalu, kami ada keluar makan bersama Youngjae dan waktu itu pun kami kena bermain permainan batu, gunting dan kertas untuk menentukan siapa yang kena bayar harga makanan.
“Saya macam…saya paling muda kot, kenapa saya kena main permainan itu juga?” kongsinya.
Untuk pengetahuan, sudah menjadi budaya di Korea Selatan di mana yang tua akan ‘menjaga’ yang muda. Sebab itu, sering kali kedengaran orang yang lebih tua selalunya akan membayar harga makanan berbanding dengan mereka yang muda.
Namun, ia kini tidaklah satu norma yang wajib di sana.
Susulan itu, kelihatan ramai netizen agak menyampah dengan cerita VIINI dan mengecamnya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kata mereka, dia kedengaran seperti terlalu meminta-minta dan mengharapkan agar Jin menanggung makan dan minumnya setiap kali berjumpa.
Malah, ada yang berpendapat bahawa mungkin VIINI cuba untuk membuat kelakar namun ia gagal membuatkan dia kedengaran seperti mengadu dan mengada-ngada.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



