“Perangai Dia Memang Teruk!” – Ini Yang Bekas Trainee SM Entertainment Cakap Pasal NCT Taeyong
Baru-baru ini, kecoh apabila terdapat artikel mengatakan bahawa ahli grup NCT, Taeyong pernah membuli seseorang semasa bersekolah dahulu…
Baru-baru ini, kecoh apabila terdapat artikel mengatakan bahawa ahli grup NCT, Taeyong pernah membuli seseorang semasa bersekolah dahulu.
Lebih teruk lagi apabila kesan pembulian tersebut menyebabkan mangsa kini menghadapi trauma hingga mencederakan diri sendiri.
Artikel yang dimuat naik di wikitree tersebut turut mengatakan bahawa Taeyong hanya berbuat naik dengan mereka yang cantik dan popular sahaja.
Dalam pada itu, bekas trainee di SM Entertainment, Minwoo memuat naik di laman Instagram storynya mengesahkan perkara tersebut.
“Saya sudah memerhatikannya sejak di zaman trainee lagi dan semua itu adalah fakta. Personalitinya memang sangat teruk. Berhentilah melindunginya,” tulisnya.
Susulan itu, terdapat dua reaksi daripada perkongsian Minwoo tersebut iaitu ada yang memberikan sokongan dan sebaliknya.
Kata netizen, mereka tidak boleh terus menghukum berdasarkan apa yang dikatakan oleh Minwoo kerana meragui kata-katanya, malah ada juga yang mempersoalkan sama ada Minwoo dan Taeyong rapat atau ini hanyalah senjata untuknya menjatuhkan Taeyong.
Setakat ini, SM tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



