Kim Tae Hee & Rain Timang Anak Kedua
Tahniah K-Variety ucapkan buat pasangan pelakon, Kim Tae Hee dan Rain di atas kelahiran anak kedua mereka…
Tahniah K-Variety ucapkan buat pasangan pelakon, Kim Tae Hee dan Rain di atas kelahiran anak kedua mereka.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi Kim Tae Hee, Story J menerusi satu kenyataan. Dilaporkan kedua-dua ibu dan bayi perempuan di dalam keadaan sihat.
“Hello, ini adalah agensi Kim Tae Hee, Syarikat Story J. Kami ingin berkongsi berita gembira mengenai pasangan Kim Tae Hee dan Jung Ji Hoon (nama sebenar Rain) di atas kelahiran ahli baru dalam keluarga mereka.
“Kim Tae Hee melahirkan anak keduanya, seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Seoul hari ini. Kedua-dua mereka dalam keadaan sihat dan kini sedang berehat di bawah jagaan ahli keluarga.
“Kami berterima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kedua-dua ibu dan anak tersebut. Sebagai seorang pelakon, Kim Tae Hee akan berusaha keras untuk bertemu dengan para peminatnya lagi.
“Semoga anda semua akan terus memberikan sokongan kepadanya,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, pasangan tersebut berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada Januari 2017. Pasangan itu kemudiaannya mendapat anak perempuan pada October 2017.
Sekali lagi tahniah K-Variety ucapkan buat mereka!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



