“Tiada Rekod Pun,” – SM Entertainment Respon Tuduhan Buli Oleh NCT Taeyong
Semalam, nama ahli NCT, Taeyong kembali hangat apabila salah seorang bekas trainee di SM Entertainment mendedahkan bahawa perangai selebriti tersebut sememangnya teruk…
Semalam, nama ahli NCT, Taeyong kembali hangat apabila salah seorang bekas trainee di SM Entertainment mendedahkan bahawa perangai selebriti tersebut sememangnya teruk.
Oleh yang demikian, agensi pengurusan Taeyong iaitu SM Entertainment mengeluarkan kenyataan mereka mengenai perkara tersebut, malam semalam.
“Memandangkan insiden tersebut adalah 10 tahun yang lalu, kami meminta rekod sekolah Taeyong daripada keluarganya untuk lebih memahami situasi tersebut.
“Setelah meneliti rekod tersebut, didapati tiada rekod yang menunjukkan bahawa Taeyong terlibat dengan kes buli apatah lagi perjumpaan antara cikgu dan ibu bapanya mengenai isu tersebut.
“Taeyong sangat menyesal dengan perbuatannya yang berkemungkinan menyakiti rakan sekolahnya dahulu di mana ia semua berlaku sebelum dia bergelar seorang trainee.
“Dia turut memohon maaf kepada semua orang yang terluka kerana sikapnya semasa bergelar trainee dan juga selepas dia debut. Dia tidak akan lupa untuk muhasabah diri dan kini sedang berusaha untuk menjadi lebih baik,” tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu, muncul artikel mengatakan bahawa Taeyong pernah membuli rakan sekolahnya hingga mangsa bertindak mencederakan dirinya namun tiada bukti diserta mengenai tuduhan tersebut.
Sementara itu, netizen memberikan dua reaksi berbeza mengenai kenyataan yang dibuat oleh SM itu. Ada yang memberikan sokongan terhadap idol tersebut namun ada yang berterusan mengecam Taeyong.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



