“Saya Berani Kerat Jarilah Yang Jungkook Dan Lee Mijoo Hanya Sekadar Kawan,” -Pengurus Kedai Tattoo Dipecat Sebab Beri Komen Ini?
Kecoh awal minggu ini apabila foto maknae grup BTS, Jeon Jungkook bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Lee Mijoo tersebar di media sosial…
Kecoh awal minggu ini apabila foto maknae grup BTS, Jeon Jungkook bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Lee Mijoo tersebar di media sosial.
Walaupun agensi Jungkook iaitu Big Hit Entertainment dan Lee Mijoo sendiri menafikan perkara itu, rupa-rupanya, pengurus kedai tatu tempat wanita itu bekerja sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.
“Jungkook dan Lee Mijoo memang dah kenal sesama mereka tetapi ramai selebriti yang datang ke kedai kami. Ada khabar angin mengatakan bahawa mereka (Jungkook dan Lee Mijoo) ada couple tattoo. Ia 100 peratus tidak benar.
“Saya berani kerat jarilah yang mereka hanya kawan,” tulisnya di laman Instagram.
Dia kemudiaannya berkongsi bahawa kariernya kini dalam bahaya disebabkan komennya yang satu itu.
“Hanya kerana saya mengatakan bahawa Jungkook tidak membuat tatu di sini saya dalam bahaya dan mungkin akan dipecat. Saya banyak dapat mesej di media sosial. Saya tak faham kenapa saya yang kena kecam,” tulisnya.
Ternyata tekaannya benar apabila pemilik kedai tatu tersebut kemudiannya memecat pengurus tersebut.
“Pengurus itu takt ahu apa-apa. Saya faham yang pihak Jungkook dan keluarkan kenyataan rasmi. Kita semua di sini kawan.
“Saya rasa pengurus kedai ini akan bertukar, saya akan pecat dia hari ini,” katanya.
So…apa pendapat korang?
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



