“Big Bang Is 5 Members,” -Video VIP Bersama Taeyang Ini Tarik Perhatian Netizen
Tarikh 10 November merupakan hari bersejarah buat grup Big Bang dan juga peminat mereka yang turut dikenali sebagai VIP…
Tarikh 10 November merupakan hari bersejarah buat grup Big Bang dan juga peminat mereka yang turut dikenali sebagai VIP.
Bukan sahaja hari ini menyaksikan dua ahli terakhir grup tersebut tamat khidmat tentera mereka malah, vokalis utamanya, Taeyang atau nama sebenarnya, Dong Youngbae sempat beramah-mesra dengan peminat mereka
Sementara itu, satu video viral di laman Twitter menyaksikan bagaimana penyanyi lagu Eyes, Nose, Lip itu berbual dengan VIP antarabangsa.
Apa yang menarik perhatian apabila peminat tersebut mengatakan bahawa VIP akan setia menunggu Big Bang seramai lima orang ahli dan Taeyang membalas ‘saya tahu’.
Peminat itu kemudiannya meminta agar Taeyang menyampaikan kepada Seungri bahawa VIP merinduinya dan penyanyi itu membalas, dia akn cuba yang terbaik.
Selain itu, satu lagi video viral menyaksikan Taeyang memegang patung Seungri dan menyebut nama bekas maknae itu dengan kuat.
Bagaimanapun, tindakannya itu tidak disukai oleh Knetz memandangkan Seungri kini masih lagi dalam siasatan berhubung kes merasuah, pelacuran, mengelapkan wang dan lain-lain.
Namun begitu, ada peminat yang mengatakan bahawa Taeyang kelihatan terkejut apabila diajukan kenyataan tersebut dan dia mencuba sehabis baik untuk melayan peminat itu dengan baik.
So…what do you think?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





