CL Sah Tinggalkan YG Entertainment!
Bekas ahli 2NE1, CL akhirnya akan meninggalkan agensinya, YG Entertainment…
Bekas ahli 2NE1, CL akhirnya akan meninggalkan agensinya, YG Entertainment.
Perkara tersebut turut disahkan oleh YG dalam satu kenyataan media, hari ini.
“Kami sebulat suara bersama CL akan menamatkan kontrak eksklusifnya bersama YG Entertainment.
“Kami ingin berterima kasih kepada peminat yang terus memberikan sokongan kepada CL semasa dia menjadi artis di bawah label kami.
“Kami di YG akan terus memberikan sokongan kepada CL pada masa akan datang,” tulis kenyataan itu.
CL memulakan langkah sebagai salah seorang ahli 2NE1 pada tahun 2009. Dia kemudiannya menjadi artis solo pada tahun 2016.
Dia juga pernah menjadi artis solo wanita Korea Selatan pertama yang dapat masuk carta Billboard 100 pada tahun 2016.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





