Big Bang Seungri Diboikot, Netizen Mohon Bertanggungjawab Skandal ‘Burning Sun’
Netizen memohon ahli Big Bang, Seungri untuk bertanggungjwab di atas isu yang melanda dirinya kini…
Netizen memohon ahli Big Bang, Seungri untuk bertanggungjwab di atas isu yang melanda dirinya kini.
Bukan itu sahaja, segala aktiviti Seungri juga turut diboikot netizen selagi skandal berkaita kelab Burning Sun tidak diselesaikan.
Memetik Sport Kyunghyang, ramai beranggapan bahawa Seungri tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya sebagai pemilik kelab tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, melalui siasatan netizen, Seungri dipercayai berada di kelab tersebut pada hari kejadian.
Setakat ini, pihak Seungri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan malah agensi Seungri, YG Entertainment juga turut mengambil tindakan berdiam diri dan tidak masuk campur hal tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan insiden pukul di kelab tersebut dimana ‘bodyguard’ kelab itu bertindak memukul seorang lelaki yang cuba membantu seorang wanita yang diganggu secara seksual.
Susulan itu, video CCTV itu tersebar di media mendapat perhatian umum.
Foto:Carian Google
Sumber:Allkpop &Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




