Selepas Treasure, YG Entertainment Bakal Debut Grup Kedua?
Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk mengumumkan bakal debut grup kedua daripada program realiti Treasure Box…
Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, Yang Hyun Suk mengumumkan bakal debut grup kedua daripada program realiti Treasure Box.
Dia berbuat demikian menerusi laman Instagramnya, hari ini.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong 28 ‘treasure’. Saya akan membuat pengumuman dalam masa terdekat untuk grup kedua yang akan mempunyai 6 ahli untuk mengikuti grup Treasure,” tulisnya dalam kenyataan tersebut.
Namun begitu, pengumuman tersebut mendapat reaksi pelbagai peminat. Ada yang merestui tindakannya itu namun ada yang meluahkan kemarahan mereka meminta agar YG fokus pada ‘comeback’ grup lain seperti Blackpink dan Winner.
Sejak kebelakangan ini, nama YG banyak menjadi kecaman netizen terutamanya berkaitan artis di bawah agensinya.
Bermula dengan isu Treasure Box dan diikuti oleh Seungri yang dikatakan dilayan secara tidak adil di agensi tersebut sedangkan dia merupakan antara artis yang menaikkan syarikat tersebut.
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




