Ini Dia 5 Fakta Mengenai Lee Sun Bin Yang Korang Patut Tahu
Sejak media melaporkan hubungan cinta antara pasangan aktor Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin, ramai yang memuji kecantikan pelakon tersebut…
Sejak media melaporkan hubungan cinta antara pasangan aktor Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin, ramai yang memuji kecantikan pelakon tersebut.
Tidak seperti Lee Kwang Soo yang terkenal di seluruh negara, ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya pemilik nama Lee Sun Bin itu.
Oleh itu, K-Variety ingin berkongsi fakta-fakta menarik mengenainya.
Nama sebenarnya adala Lee Jin Kyung dan menggunakan nama pentas Lee Sun Bin. Lahir pada 7 Januari 1994 menunjukkan perbezaan umur hampir 10 tahun dengan Lee Kwang Soo yang lahir pada 1985.
Bermula sebagai ahli grup wanita iaitu JQT sebagai vokalis sebelum grup itu ‘disband’ pada 2012. Dia kemudiannya bertukar karier sebagai model dan seterusnya menjadi seorang pelakon.
Antara lakonan yang menaikkan namanya adalah Squad 38, Missing 9 dan Criminals Mind.
Lee Sun Bin boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Dalam satu rancangan realiti membuktikan bahawa dia agak fasih berbahasa Inggeris.
Pernah mengatakan bahawa Lee Kwang Soo adalah pasangan idealnya dan kini sudah bercinta lebih 5 bulan.
Foto: Instagram Lee Sun Bin
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




