Blossom Entertaiment ‘Warning’ Netizen Kalau Ada Kaitkan Perceraian Song-Song Couple Dengan Park Bogum
Susulan penceraian pasangan pelakon, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo, agensi pelakon Arthdal Chronicle , Blossom Entertainment mengeluarkan amaran keras buat netizen…
Susulan penceraian pasangan pelakon, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo, agensi pelakon Arthdal Chronicle , Blossom Entertainment mengeluarkan amaran keras buat netizen.
Mereka berbuat demikian setelah ada spekulasi mengatakan bahawa hubungan retak dua pelakon itu ada kaitan dengan pelakon di bawah agensi mereka juga iaitu Park Bo Gum.
Untuk pengetahuan, Song Hye Kyo dan Park Bo Gum berlakon sama dalam sebuah drama romantik, Encounter, tahun lalu.
Bagaimanapun, Park Bo Gum juga merupakan rakan rapat Song Joong Ki kerana berada di bawah agensi sama.
“Kami akan mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu yang menyebarkan khabar angin berkaitan dengan Park Bo Gum susulan isu penceraian antara Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.
“Nampaknya ada khabar angin mengatakan bahawa Park Bo Gum turut menjadi punca penceraian ‘power couple’ itu memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama dalam drama Encounter.
“Kami juga kini dalam proses membincangkan tindakan undang-undang untuk dikenakan kepada mereka yang menyebarkan khabar angin selain daripada kes penceraian itu,” kata kenyataan media.
Sumber:Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





