Sah! Filem Sekuel Train To Busan Bertajuk Bando Umum Senarai Pelakon! Ada Kang Dong, Lee Jung Hyun Dan Ramai Lagi
Sejak filem Train To Busan meletup di pawagam pada tahun 2016 lalu, ramai yang memohon agar ada kesinambungan kisah itu….
Sejak filem Train To Busan meletup di pawagam pada tahun 2016 lalu, ramai yang memohon agar ada kesinambungan kisah itu.
Apatah lagi, penghujung ceritanya agak tergantung.
Susulan itu, pengarah filem itu, Yeon San Ho akhirnya akur dan mengumumkan bahawa filem sekuel Train To Busan sedang diusahakan untuk menemui penonton.
Setelah lama berteka-teki akhirnya, senarai pelakon untuk filem sekuel yang dipanggil ‘Bando’ itu dikongsi ramai.
Memegang watak utama menggantikan Gong Yo adalah pelakon popular, Kang Dong Won manakala watak utama wanita pula adalah Lee Jung Hyun.
Selain mereka, terdapat juga watak kanak-kanak yang dipegang oleh Lee Rae, watak veteran Kwon Hae Hyo dan pelakon baru Go Kyo Hwan.
Bando berkisarkan 4 tahun setelah dunia diserang oleh zombi dan bagaimana manusia yang terselamat meneruskan kehidupan masing-masing.
Selain itu, teaser foto juga turut dikongsi dengan orang ramai. OMG! Tak sabarnya…
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






