BTS Jungkook Terlibat Dengan Kemalangan Jalan Raya, Big Hit & Sumber Polis Beri Penjelasan
Maknae BTS, Jeon Jungkook dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 2 November lalu di Yongsan…
Maknae BTS, Jeon Jungkook dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 2 November lalu di Yongsan.
Dia yang ketika itu memandu kereta jenis Mercedes-Benz melanggar sebuah teksi. Namun begitu, tiada kecederaan serius dilaporkan.
Susulan itu, ada yang menuduh bahawa Jungkook ketika itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan insiden berkenaan malah ada spekulasi bahawa penyanyi lagu Euphoria itu bakal didakwa.
Oleh yang demikian, sumberdaripada pihak polis memberikan kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Setelah menjalani pemeriksaan menyeluruh, Jungkook akan disiasat mengenai kemalangan itu. Setakat ini, belum ada perancangan untuk memanggil Jungkook ke balai malah keputusan medik juga masih belum diperolehi.
“Jungkook juga tidak memandu di bawah pengaruh alkohol setelah menjalani ujian,”
Dalam pada itu, agensi Jungkook iaitu Big Hit Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.
“Sejurus selepas kemalangan berlaku, Jungkook telah mengakui kesalahannya. Dia juga sudah memberikan keterangan mengenai insiden itu.
“Malah wang pampasan juga sudah diberikan kepada mangsa (pemandu teksi),” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





![Carats Berlumba Beli Tiket Seventeen World Tour In Kuala Lumpur [Ode To You]](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2019/11/picsart_11-04-08.36.57.jpg?w=1200)