Sah! Taeyang & Daesung Keluar ‘Army’, 10 November Ini!
Berita baik buat VIP kerana dua lagi ahli Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung bakal keluar dari ‘army’ pada 10 November ini…
Berita baik buat VIP kerana dua lagi ahli Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung bakal keluar dari ‘army’ pada 10 November ini.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi mereka, YG Entertainment dalam satu kenyataan.
“Menurut Kementerian Pertahanan Negara, Taeyang dan Daesung akan tamat Army pada 10 November ini di Ground Operation Command yang terletak di Yongin, Daerah Gyeonggi.
“Pusat latihan di mana kedua-dua mereka ditempatkan kini berdepan dengan virus African Swine Fever (ASF) apabila ada kes dilaporkan.
“Susulan itu, akan terdapat pertukaran lokasi tamat army buat Taeyang dan Daesung memandangkan kemungkinan besar peminat dan wartawan akan hadir di upacara tersebut.
“Tambahan pula, lokasi tersebut juga mempunyai masalah tempat letak kereta yang terhad. Oleh itu, dinasihatkan agar peminat dan wartawan tidak berkumpul atas sebab keselamatan.
“Kami amat berterima kasih kepada semua peminat yang menunggu Taeyang dan Daesung keluar namun memohon anda faham dan memberikan kerjasama.
“Terima kasih,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, ketua grup Big Bang iaitu G-Dragon tamat menjalani army pada hujung Oktober lalu.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




