Cakap Bahasa Melayu, Persembahan Menakjubkan…Ini Antara Momen Menarik Konsert Blackpink In Kuala Lumpur Hari Pertama
Semalam tentunya menjadi kenangan manis buat 8,000 Blinks (peminat Blackpink) yang menghadiri konsert sulung grup tersebut di Malaysia…
Semalam tentunya menjadi kenangan manis buat 8,000 Blinks (peminat Blackpink) yang menghadiri konsert sulung grup tersebut di Malaysia.
Bermula sedikit lewat namun itu semua tidak mematahkan semangat para peminat untuk melihat Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa beraksi di atas pentas.
Apa-apapun, K-Variety ingin berkongsi momen-momen menarik konsert Blackpink semalam.
Keadaan stadium mula meriah seawal jam 10 pagi dengan kehadiran peminat. Bukan itu sahaja, terdapat banyak aktiviti seperti ‘dance-off’, nyanyian dan lain-lain khas buat Blinks. Hadiahnya lumayan juga tau iaitu pas send-off atau pas belakang pentas.
Saat Blackpink muncul di atas pentas dan menyanyikan lagu pertama mereka, Ddu Du Ddu Du, suasana jeritan memenuhi stadium.
Jangan tak tau ya, semalam K-Variety perasan ada ramai juga ‘fanboy’ Blackpink ini. Helok-helok pula tu.
Blackpink memperkenalkan diri mereka dalam bahasa Melayu. Selain itu, Jisoo dilihat paling banyak menggunakan bahasa melayu antaranya saya rindu kamu dan kamu sangat bagus.
Persembahan solo dimulakan dengan Jisoo menyanyikan lagu Clarity kemudian diikuti dengan Lisa dengan tarian yang sangat ‘awesome’ seterusnya Rose menyanyikan lagu Let It Be.
Persembahan lagu Solo Jennie tentunya amat dinanti-nantikan apabila boleh kelihatan para peminat turut sama menyanyi dan menari untuk lagu tersebut.
Kehilangan Jennie semasa lagu Kiss And Make Up menjadi tanda tanya peminat namun jangan risau kerana dia hanya mempunyai ‘wardrobe malfunction’.
Selain Jennie, Jisoo juga mempunyai ‘wardrobe malfunction’ menyebabkan stylistnya berkejar bagi menyelamatkan keadaan.
Kelihatan kesemua ahli Blackpink sangat bertenaga di atas pentas. Malah, terdapat juga momen-momen sweet mereka apabila Lisa mencium pipi Jisoo dan juga Jennie turut mencium Jisoo di pipinya.
Keempat-empat ahli Blackpink tidak putus-putus melambai Blinks sebagai tanda menghargai peminat mereka.
Ada ketika, Rose kelihatan keliru dia berada di negara mana apabila dengan konfidennya menyebut ‘Thank You Manila’ hinggakan ahli lain harus membantunya. Rose mengatakan dia kadang-kadang keliru negara mana dia berada kerana terlalu banyak negara yang sudah dilawati
Semasa persembahan encore, Blackpink muncul menyanyikan lagu Ddu Du Ddu Du dan Stay.
Semasa send off, kelihatan Blackpink ‘greet’ kesemua peminat yang hadir dan berterima kasih kepada mereka.
Oh my! Banyaknya momen Blackpink dan Blinks semalam. Moga-moga, hari ini juga Blinks dapat menikmati konsert hari kedua mereka.
Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur dibawakan oleh MacpiePro.
Foto: Carian Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






