SM Entertainment & Trans Media Kini Berkerjasama, Bakal Saksikan Kolaborasi Artis Kpop Dan Artis Indonesia?
Baru-baru ini media Indonesia melaporkan mengenai kerjasama terbaru antara agensi Kpop, SM Entertainment dan agensi hiburan Indonesia, Trans Indonesia…
Baru-baru ini media Indonesia melaporkan mengenai kerjasama terbaru antara agensi Kpop, SM Entertainment dan agensi hiburan Indonesia, Trans Indonesia.
Untuk pengetahuan, kerjasama tersebut sudah ditandatangani pada tahunalu namun kini akhirnya ia benar-benar direalisasikan untuk peminat kpop khusus di Indonesia dan Korea Selatan.
Kerjasama antara dua syarikat gergasi ini adalah berkaitan pengurusan artis, promosi, kandungan produksi, pembahagian kandungan digital, ‘merchandising’ dan urusan perniagaan.
Bagaimanapun, terdapat projek besar yang bakal diusahakan adalah Indonesia Kpop yang turut dipanggil I-Pop.
Dalam pada itu, turut mengesahkan kerjasama tersebut adalah ketua grup Super Junior, Lee Teuk yang memuat naik foto di laman Instagramnya.
“#Indonesia Collaboration #Rossa #Superjunior #Nantikankami,” tulisnya di kapsyen.
Oh my! Adakah bakal ada kolaborasi antara Datuk Rossa dan Super Junior?
Turut ada di dalam foto tersebut adalah pengasas SM Entertainment, Lee So Man.
Foto: Instagram Lee Teuk
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





