Chen Zheyuan Menawan Peminat di KL: Main Batu Seremban dan Jatuh Cinta dengan Teh Tarik
Bintang popular China dan Duta Global Antarabangsa iQIYI, Chen Zheyuan, memukau ribuan peminat di Malaysia semasa acara kemuncak iQIYI Starship 2025 Malaysia yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada malam 2 Disember….

Bintang popular China dan Duta Global Antarabangsa iQIYI, Chen Zheyuan, memukau ribuan peminat di Malaysia semasa acara kemuncak iQIYI Starship 2025 Malaysia yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada malam 2 Disember.
Kehadiran bintang utama drama Fated Hearts ini dinantikan, dan beliau tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi serta merasai sendiri budaya tempatan.

Gelagat Comel CZY Cuba Budaya Malaysia
Dalam sesi pertemuan peminat (Fan Meeting – FM) yang meriah, Chen Zheyuan atau lebih mesra disapa CZY, mencetuskan gelak tawa apabila beliau menyertai permainan tradisional Batu Seremban. Beliau bergandingan dengan selebriti tempatan, Laila Sania dan Ash, menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sambil mempelajari permainan warisan Malaysia itu.
Acara turut diserikan dengan sesi mencuba hidangan ikonik Malaysia. CZY mencuba Nasi Lemak, Char Kuew Tiau, Roti Canai, dan Teh Tarik. Secara peribadi, beliau mengakui bahawa Teh Tarik adalah minuman kegemarannya, memuji rasa manis dan creamy minuman tersebut.

Malah, apabila ditanya mengenai makanan Malaysia yang ingin dibawanya pulang, CZY memilih untuk membawa pulang minuman Cham, walaupun beliau belum pernah merasainya. Pilihan itu dibuat selepas beliau melihat video daripada peminat dan tertarik kerana nama ‘Cham’ itu sendiri seperti nama samarannya (nickname).
Aegyo dan Luahan Hati dari CZY
Dalam usaha memenuhi permintaan peminat, Chen Zheyuan turut melakukan aksi comel ‘Aegyo‘ tetapi kelihatan sedikit malu-malu, yang membuatkan ribuan peminat menjerit gembira.

Momen paling menyentuh hati adalah apabila beliau meluangkan masa untuk membaca surat-surat yang dikirimkan oleh peminat Malaysia. Interaksi yang intim ini membuktikan betapa CZY menghargai sokongan peminat di Asia Tenggara.
Chen Zheyuan hadir ke Malaysia sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI dan bintang utama, sekali gus menandakan komitmen platform penstriman itu dalam membawa kandungan dan selebriti berkualiti ke pasaran antarabangsa.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K