Lautan Biru Menghiasi Kuala Lumpur: Super Junior Tunaikan Janji Buat E.L.F!
Siapa sangka, pejam celik sudah 20 tahun kita bersama mereka? Saban tahun, cinta buat kumpulan legenda K-Pop ini tidak pernah pudar…

Siapa sangka, pejam celik sudah 20 tahun kita bersama mereka? Saban tahun, cinta buat kumpulan legenda K-Pop ini tidak pernah pudar. Pada 17 Januari 2026 yang lalu, Axiata Arena bukan sekadar menjadi lokasi konsert, tetapi saksi kepada sebuah pertemuan semula yang penuh emosi dan magikal menerusi SUPER JUNIOR 20th Anniversary TOUR in KUALA LUMPUR
Dianjurkan oleh iMe Malaysia, malam tersebut membuktikan bahawa gelaran Kings of K-Pop bukanlah sekadar nama, tetapi satu legasi yang tetap utuh.
9 Ahli, 1 Pentas: ‘Lengkap’ Itu Indah
Suasana gamat apabila tirai dibuka dengan kemunculan sembilan ahli iaitu Leeteuk, Siwon, Heechul, Ryeowook, Yesung, Kyuhyun, Shindong, Donghae, dan Eunhyuk. Mengenakan sut putih yang sangat elegan, mereka memulakan persembahan dengan rangkaian lagu hits high-energy seperti Knock Out, U, Black Suit, dan Mamacita.

Bayangkan, melihat Heechul kembali beraksi di atas pentas Malaysia selepas sekian lama memang satu momen yang sangat mahal buat peminat tegar!
Malaysia, Apa Khabar!”, Usikan dan Janji Manis
Bukan Super Junior lah kalau tiada sesi interaksi yang kelakar dan bersahaja. Antara momen yang paling diingati:
Heechul si ‘Universe Star’: Berlutut di tengah pentas sambil disambut dengan laungan “Saranghaeyo Kim Heechul, Milk Skin Kim Heechul” yang menggamatkan suasana.

Pengakuan Jujur Kyuhyun: Walaupun mengalami sakit tekak, Kyuhyun tetap memberikan persembahan vokal yang mantap. “Malaysia, saya tak boleh menjerit sangat, tapi saya akan buat yang terbaik,” katanya yang membuatkan ramai peminat rasa terharu.
Bapa E.L.F?: Leeteuk sempat berseloroh apabila melihat ada peminat yang hadir membawa keluarga dan anak-anak. Apabila Heechul mengusik bahawa mungkin bapa peminat tersebut lebih muda daripadanya, Leeteuk terus menjerit, “Baiklah! Saya bapa kamu semua!”
Dari Nostalgia Ballad ke ‘Zoo’ Comel
Konsert ini bukan sahaja penuh dengan tarian bertenaga, tetapi juga sesi mengimbau kenangan melalui lagu-lagu ballad yang menyentuh hati. Namun, suasana berubah menjadi riuh-rendah apabila segmen kostum bermula!
Masih terbayang di ruang mata kecomelan mereka:
Leeteuk (Itik), Heechul (Merak), Yesung (Kucing Hitam), Eunhyuk (Arnab), Donghae (Anjing), Shindong (Panda), Siwon (Kuda), Ryeowook (Zirafah), dan Kyuhyun (Penguin). Sambil memakai kostum ini, mereka membawakan lagu ROKKUGO!!! dan Too Many Beautiful Girl yang membuatkan satu arena dipenuhi gelak tawa.

‘Dancing Out’ & Kepulangan Ke Akar Umbi
Momen paling bermakna adalah semasa sesi encore. Super Junior menghadiahkan lagu Dancing Out, sebuah lagu yang cukup istimewa kerana muzik videonya pernah dirakam di Malaysia pada tahun 2006.
“Kami berjanji akan kembali lagi. Kami sayang anda, Malaysia!”
Walaupun lawatan kali ini singkat (kurang dari 24 jam buat sesetengah ahli!), Yesung dan Eunhyuk melahirkan rasa syukur atas sokongan padu yang tidak pernah padam. Leeteuk turut mengakui jadual mereka sangat padat, namun tenaga daripada E.L.F. Malaysia memberikan mereka kekuatan luar biasa.
Janji “See You Again”
Konsert berakhir dengan lambaian sayu dan ciuman jauh daripada para ahli. Walaupun hanya satu malam, memori 20 tahun yang dikongsi bersama Super Junior di Kuala Lumpur ini pastinya akan terpahat selamanya dalam sanubari setiap E.L.F.
Terima kasih, Super Junior. Sampai kita bertemu lagi!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K