Steady Habis! NCT WISH Berjaya Pukau Peminat Dalam Konsert Solo Pertama Di Malaysia, Siap Cakap Melayu Tau!
Fuh, masih terngiang-ngiang lagi suara SION dan yang lain dalam kepala ni! Sebagai peminat K-Pop kat Malaysia…

Fuh, masih terngiang-ngiang lagi suara SION dan yang lain dalam kepala ni! Sebagai peminat K-Pop kat Malaysia, Sabtu lepas memang satu malam yang magikal sangat kat Mega Star Arena.
Kalau korang terlepas, meh sini Min ceritakan betapa “Steady” dan “Fresh” nya konsert NCT WISH 1st CONCERT TOUR “INTO THE WISH: Our WISH” IN KUALA LUMPUR baru-baru ni.

Prince-Charming Vibes!
Masa lampu mula malap, dewan terus pecah dengan jeritan NCTzen. Keenam-enam ahli NCT Wish iaitu SION, JAEHEE, YUSHI, RIKU, SAKUYA, dan RYO muncul atas pentas pakai sut kelabu-perak. Sumpah, nampak macam putera raja! Min cair on the spot tau!
Diorang terus menghangatkan pentas dengan lagu-lagu dari album mini pertama seperti Steady, Songbird, dan Skate. Vibe dia sangat bertenaga dan penuh dengan youthful charisma. Min paling suka masa Skate, rasa macam nak ikut menari sekali! Mujurlah Min kat seated area time tu.

“Jerit Kuat-Kuat!” – Fasihnya Diorang Cakap Melayu!
Satu benda yang buat Min impressed, budak-budak WISH ni bukan main gigih belajar bahasa kita. Bukan setakat “Terima Kasih” tau.
SION selamba je cakap, “Malaysia punya cuaca panas, tapi peminat lagi panas (enthusiastic)!” Comel sangat! RIKU pula siap pesan, “Jerit kuat-kuat!” sebelum lagu seterusnya. Memang kitorang jerit sampai hilang suara lah malam tu. JAEHEE pun sempat throwback cakap dia pernah pergi Kota Kinabalu dulu dengan family dia. Aww, nostalgia much?
Dari Powerhouse ke Ballad yang Syahdu
Lepas dah berpeluh dengan choreography yang synchronized gila untuk lagu macam On & On dan Reel-ationship, suasana bertukar jadi romantik gila.
Masa segmen ballad, visual skrin menunjukkan langit penuh bintang. Sambil dengar live vocal diorang yang sangat stable, rasa macam nak nangis pun ada. Memang nampak sangat kematangan diorang sebagai artis walaupun baru lagi dalam industri.

Kejutan “Bintang” untuk Peminat
Masa encore, suasana jadi lebih santai. Diorang tukar baju yang lebih playful dan pusing satu pentas untuk lambai kat semua orang. Huntung betul ya siapa yang kat rockzone area time tu. Min jeles!
Paling best, NCT WISH ada sediakan charm bentuk bintang (simbol kumpulan diorang) dan baling secara rawak kat peminat. Siapa yang dapat tu memang rezeki terpijaklah!
Jumpa Lagi, NCT WISH!
Konsert dua jam lebih dengan 20 buah lagu ni rasa sekejap sangat. Sebelum balik, RYO sempat janji “Jumpa lagi” dan SION pun tegaskan yang “Kami akan kembali ke sini.” Bagi Min, konsert anjuran iMe Malaysia ni memang satu milestone besar buat NCT WISH. Diorang bukan saja berbakat, tapi cara diorang hargai peminat tempatan tu yang buat kitorang rasa dihargai sangat.
Korang yang pergi Sabtu lepas, lagu mana yang paling “lekat” kat telinga sampai hari ni? Cuba komen sikit!

Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K