Cubaan Kaitkan Ji Chang Wook Dengan Isu Kelab Burning Sun, Gagal
Satu rancangan bercorak penyiasatan di Korea Selatan iaitu The It’s Know mendedahkan foto pelakon, Ji Chang Wook bersama salah seorang pelabur di kelab Burning Sun, Madam Lin…
Satu rancangan bercorak penyiasatan di Korea Selatan iaitu The It’s Know mendedahkan foto pelakon, Ji Chang Wook bersama salah seorang pelabur di kelab Burning Sun, Madam Lin.
Untuk pengetahuan, Madam Lin mempunyai saham sebanyak 10 peratus di dalam kelab tersebut.
Foto tersebut menunjukkan pelakon drama Suspicious Partner bersama Madam Lin bersama seorang lagi yang tidak diketahui identiti.
Dalam pada itu, muncul juga foto lama Chang Wook berparti di kelab tersebut pada Oktober lalu semasa berehat daripada tugasan askarnya.
Bagaimanapun, agensi aktor tersebut Glorious Entertainment, menafikan perkara tersebut menerusi satu kenyataan.
“Pelakon agensi kami, Ji Chang Wook mempunyai tiada kaitan denhan individu di dalam foto yang didedahkan sebelum ini.
“Foto tersebut diambil atas dasar peminat bersama pelakon.
“Situasi ini membuatkan aktor berkenaan terpalit dengan kontroversi, fitnah dan diganggu secara seksual terutama kepada agensi beliau.
“Perkara ini juga memberikan kepedihan buat keluarga Chang wook dan peminat yang melihat situasi ini.
“Oleh itu, kami memohon agar orang ramai tidak menulis atau memuat naik khabar angin yang bersifat spekulasi,” tulis kenyataan tersebut.
Chang Wook kini sedang menjalankan khidmat tenteranya dan bakal tamat pada bulan hadapan.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






