4000 Peminat Tidur Lena Dapat Hi Touch Dengan Ong Seong Wu!
Semalam berlangsungnya Fan Meeting Ong Seong Wu yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia..
Semalam berlangsungnya Fan Meeting Ong Seong Wu yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia.
Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, seramai 4000 peminat hadir memberi sokongan kepada Ong Seong Wu.
Sebagai tanda penghargaan, beberapa peminat bertuah dapat membawa pulang barangan-barangan yang ditanda tangan sendiri olehnya.

Selain itu, sepanjang 2 jam majlis berlangsung, kelihatan bekas ahli Wanna One itu memberikan aksi-aksi comel yang mampu mencairkan hati peminat.
Dia juga sempat menari lagu-lagu popular Wanna One sekaligus mengubati rindu peminat terhadap grup tersebut.
“Rasa lain pula bila bergerak solo, terasa pentas ini agak besar untuk saya seorang. Saya rindukan ahli-ahli Wanna One,” katanya.
Sementara itu, peminat Malaysia juga turut mempunyai hadiah istimewa buat Ong Seong Wu apabila mereka membuat video khas untuknya.
Kemudian, diikuti pula dengan special event yang menunjukkan bahawa mereka akan sentiasa menyokongnya.

Perkara itu membuatkan Ong Seong Wu agak sebak dan sangat terharu.
“Marilah kita melalui jalan yang berbunga ini bersama-sama. Bagi saya, korang semualah bunga-bunga tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, peminat turut mendapat kejutan manis apabila kesemua yang hadir dapat ‘hi touch’bersama idol tersebut sebelum pulang.

Ya, kesemua 4000 orang. Tentunya ia menjadi kenangan yang sangat manis buat para peminat!
Apa-apapun, terima kasih kepada penganjur, Hatchery yang membawa Ong Seong Wu ke Malaysia.
Foto: Hatchery
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





