“Saya Juga Mangsa…,” – Ini Kenyataan Seungri, Netizen Terus Berang
Setelah lama berdiam diri, akhirnya bekas ahli Big Bang, Seungri mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang melanda dirinya…
Setelah lama berdiam diri, akhirnya bekas ahli Big Bang, Seungri mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang melanda dirinya.
Saat ditemui wartawan, Seungri mengakui bahawa dia juga adalah mangsa keadaan berkaitan dengan isu kelab malam, Burning Sun dan juga isu kakao talk, Jung Joon Young.
“Saya sangat malu terutamanya terhadap diri saya sendiri kerana terlibat dengan kelab malam Burning Sun.
“Saya ingin menjelaskan penglibatan saya di dalam kelab tersebut, orang menyangkakan bahawa kelab itu adalah milik saya namun itu adalah salah. Saya hanya terlibat sebagai pegawai perhubungan awam dan mempromosikan kelab itu kepada pelancong dan juga orang muda,” jelasnya.
Tambahnya lagi, di tidak terlibat langsung di dalam pengurusan kelab itu dan hanya tertumpu dalam bidang promosi sahaja.
“Daripada soal pengambilan pekerja, design, jualan dan juga konsep kelab malah dari segi pelaburan, akaun dan para pekerja semuanya dilakukan oleh pemilik kelab, Lee Seog Hyun dan Lee Moon Ho.
“Saya tak pernah hadir ke mesyuarat dan tidak terlibat langsung. Selain itu, saya tidak pernah diberitahu secara lanjut mengenai insiden yang terjadi di Burning Club
“Jika benar ada mengenai tuduhan cukai itu, maka saya juga adalah mangsa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Seungri juga turut memberikan kenyataan mengenai isu bersama pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young.
“Saya tidak ingat mengenai tuntutan yang mengatakan bahawa perbualan di Kakao talk bersama 8 orang termasuk Jung Joon Young dimanipulasikan. Saya tersangatlah malu.
“Saya tahu orang ramai berasa sangat marah dan rasa dikhianati dan saya harus hidup sebagai seseorang yang tidak dipercayai lagi selepas ini,” jelasnya lagi.
Berikutan kenyataan tersebut, kelihatan ramai netizen yang berang malah memanggilnya dengan gelaran ‘trash’.
Sumber: Nate.com
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




