Dah Kenapa Ramai Selebriti Korea Selatan Buat #ThanksChallenge Di IG?
Tahun 2020 pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat dunia kerana wabak Covid 19…
Tahun 2020 pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat dunia kerana wabak Covid 19.
Setakat ini, lebih 3 juta orang dijangkiti beserta lebih 200 ribu kematian dicatatkan. Bukan itu sahaja, ekonomi dunia juga hampir lumpuh disebabkan wabak tersebut.
Namun begitu, baru-baru ini dicatatkan perkembangan positif wabak tersebut di New Zealand dan Korea Selatan apabila wabak tersebut dipercayai telah dapat dikawal.
Susulan itu, selebriti di Korea Selatan kini beramai-ramai melakukan #ThanksChallenge di laman Instagram mereka mengucapkan terima kasih terutama kepada mereka yang terlibat melawan wabak itu dan mengajak orang ramai agar bersama-sama membantu menghapuskan Covid 19.
Apa-apapun, kita sememangnya harus berterima kasih kepada para ‘frontliner’ yang berjuang untuk melawan Covid 19 ini!
Hwaiting!
Sumber: Instagram
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






