Drama The World Of The Marrier Pecah Rekod Capai Rating Tertinggi Untuk Kabel TV!
Drama The World of the Married mendapat perhatian penonton sejak pertama kali ditayangkan di siaran tv berbayar, JTBC…
Drama The World of the Married mendapat perhatian penonton sejak pertama kali ditayangkan di siaran tv berbayar, JTBC.
Malah, pihak produksi juga terpaksa menukar had siaran daripada umum kepada 19+ berikutan jalan ceritanya yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak bawah umur.
Terbaru, drama tersebut telah memecahkan rekod rating tertinggi mengalahkan drama Sky Castle yang juga ditayangkan di JTBC.
The World of the Married episod 12 mencapai rating 24.3 % di seluruh Seoul mengalahkan rating Sky Castle yang mencapai rating 23.78% untuk episod akhir drama tersebut.
Berbaki lagi 4 episod, netizen tertanya-tanya apakah pengakhiran drama penuh kontroversi itu.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






