EXO, Suho Umum Tarikh Lapor Diri Tentera. Rupanya Kurang Dari 2 Minggu!
Setelah Xiumin dan D. O, tiba masa untuk ketua grup EXO iaitu Suho menjalankan khidmat negaranya…
Setelah Xiumin dan D. O, tiba masa untuk ketua grup EXO iaitu Suho menjalankan khidmat negaranya.
Walaupun rata-rata peminat iaitu EXO-L mengetahui bahawa Suho atau nama sebenarnya, Kim Junmyeon akan memasuki tentera tahun ini namun pengumuman yang dilakukan penyanyi Let’s Love itu amat mengejutkan.
Menerusi satu surat khas buat EXO-L, Suho menjelaskan dia akan lapor diri pada 14 Mei ini.
“Hello EXO-L, ini adalah Suho. Tujuan saya menulis hari ini adalah untuk berkongsi sesuatu.
“Saya akan lapor diri ke tentera pada 14 Mei 2020 untuk menjalani khidmat negara saya. Saya akan merindui EXO- L semasa di tentera.
“Harap anda semua akan kekal sihat. Terima kasih dan saya sayangkan anda semua. We are one. Saranghaja,” tulisnya.
Mac lalu, Suho muncul dengan mini album solo pertamanya bertajuk Self Potrait.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






