Kenapa Tiba-Tiba Reply 1988 Trending Di Twitter?
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di Malaysia sejak 18 Mac lalu, banyak betul perkara-perkara pelik yang trending di laman media sosial…
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di Malaysia sejak 18 Mac lalu, banyak betul perkara-perkara pelik yang trending di laman media sosial.
Antara yang menjadi perbualan ramai adalah grup Facebook, masak apa tak jadi, Tiktok melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan banyak lagi.
Selain itu, ramai juga yang terjebak dengan Kdrama seperti The World Of The Married, Itaewon Class dan Crash Landing On You.
Ini semua gara-gara rakyat Malaysia sudah kehilangan idea untuk menghiburkan diri di rumah. Apa tidaknya, hampir dua bulan terkurung kan?
Namun begitu, agak pelik apabila drama popular, Reply 1988 kembali trending di laman Twitter hari ini.
Susulan itu, ramai yang keliru mengapa ia tiba-tiba trending tanpa sebab yang muhasabah. Tidak kurang juga ada yang teringin untuk ‘khatam’ kembali drama siri tersebut.
K-Variety juga mengambil peluang masa senggang ini dengan menonton drama-drama lama yang menjadi kesukaan satu ketika dahulu.
Drama-drama ini mengundang nostalgia betul!
Sumber: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






