Dikritik Sebab Ada Skandal Cinta + Buat Salah Semasa ‘Comeback Stage’, NCTzens Beri Kata Semangat Pada Jaemin
Grup NCT Dream kembali dengan comeback iaitu namun begitu, salah seorang ahlinya iaitu Jaemin terlibat pula dengan skandal bersama pelakon, Kim Ji In…
Grup NCT Dream kembali dengan comeback iaitu Ridin’ namun begitu, salah seorang ahlinya iaitu Jaemin terlibat pula dengan skandal bersama pelakon, Kim Ji In.
Semuanya gara-gara foto yang dimuat naik Kim Ji In di laman Instagram yang menunjukkan nama Na Jae Min. Walaupun foto itu pantas dipadam namun nasi sudah menjadi bubur.

Ini bukanlah kali pertama mereka dikatakan bercinta malah sebelum ini peminat juga mengaitkan mereka bersama kerana keserasian kedua-keduanya ketika berlakon dalam drama mini Way To Dislike You.
Malah, agensi Jaemin iaitu SM Entertainment juga mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-duanya hanyalah sahabat baik dan tidak bercinta.
Sementara itu, Jaemin turut dikritik ramai apabila dilihat melakukan kesalahan semasa pentas comeback grup tersebut. Kelakuan itu dilihat aneh kerana Jaemin seorant yang konsisten dan jarang melakukan kesilapan yang disengajakan semasa beraksi di atas pentas.
Susulan itu, peminat NCT iaitu NCTzens menggunakan laman Twitter untuk memberikan kata-kata semangat buat Jaemin.

Sumber: Allkpop, Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






