“Datang, Rakam Lepas Tu Gelak-Gelak,” – Haters Cemari Servis Memorial Sulli Di Hospital
Nampaknya haters masih lagi tidak sedar kesilapan mereka…
Nampaknya haters masih lagi tidak sedar kesilapan mereka.
Hari ini, K-Variety dapat melihat sendiri sikap biadap haters yang nyata tidak mengambil pengajaran kesan perbuatan mereka.
Untuk pengetahuan, Hospital Yonsei membuka ‘funeral hall’ mereka khas buat peminat untuk memberikan penghormatan terakhir buat penyanyi dan pelakon, Choi Sulli atau nama sebenarnya, Choi Jinri.
Namun begitu, kehadiran haters yang datang merakam dan kemudian menggelakkan peminat yang sedang bersedih nyata merosakkan suasana.
“Ada satu kumpulan ni, mereka datang tapi tak masuk funeral hall tu, tinjau-tinjau je. Adalah rakam juga. Bila nampak fans menangis dorang gelak-gelak je,” cerita salah seorang saksi.
Sebelum ini, Sulli merupakan mangsa kepada buli siber. Dia sering dikecam hingga mengalami depresi.
Dia bagaimanapun ditemui mati dipercayai menggantung dirinya dari tingkat dua Kediamannya pada Isnin.
Kematiannya diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



