“Generasi Muda, Kejar Impian Dan Duit Walaupun Ia Mendatangkan Kesan Masalah Kesihatan Mental,” – Kim Dongwan
Ahli Shinhwa, Kim Dongwan berkongsi pandangannya mengenai industri seni Korea Selatan dan juga kesannya dalam generasi muda…
Ahli Shinhwa, Kim Dongwan berkongsi pandangannya mengenai industri seni Korea Selatan dan juga kesannya dalam generasi muda.
Dalam kenyatannya itu, Dongwan melahirkan rasa risau mengenai masalah kesihatan yang melanda para selebriti di Korea Selatan.
“Apabila atlet mengalami kecederaan, mereka akan dinasihatkan supaya melakukan pembedahan walaupun kecederaan itu boleh dirawat menerusi rehab dan juga terapi.
“Ia (pembedahan) disyorkan kerana masa yang dihabiskan di dalam rehab juga turut termasuk di dalam kontrak.
“Jumlah selebriti dan media semakin meningkat menyebabkan banyak benda turut dipaksa ke atas satu sama lain.
“Terlalu ramai orang dewasa yang mengharapkan lebih daripada anak-anak ini di mana mereka harus sentiasa sihat dan tersenyum walaupun mereka tidak boleh makan makanan yang mereka suka atau dapat tidur yang secukupnya.
“Saya banyak berfikir mengenai generasi muda dalam industry ini yang mengejar cita-cita dan duit walaupun ia mendatangkan masalah kesihatan mental.
“Ada banyak laporan mengenai kesan samping menggunakan dadah psikotropik. Penggunakan dadah adalah jalan mudah dalam menyelesaikan masalah tidak seharusnya dipandang remeh.
“Syarikat besar seharusnya tidak terlepas pandang mengenai perkara ini yang akan membawa kesan buruk di kemudian hari,” tulisnya di Intagram.
Perkongsiannya itu mendapat respon positif peminat apatah lagi dengan kes kematian dua idol yang berjaya iaitu Sulli dan Jonghyun sebelum ini.
Semoga perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



