EXO Chen Keluar Kenyataan Maaf Sebab Umum Perkahwinan
Vokalis EXO, Chen akhirnya muncul bersama surat memohon maaf kepada peminat iaitu, EXO-L susulan pengumuman kahwin yang dibuatkan Januari lalu…
Vokalis EXO, Chen akhirnya muncul bersama surat memohon maaf kepada peminat iaitu, EXO-L susulan pengumuman kahwin yang dibuatkan Januari lalu.
Dalam surat tersebut, dia memohon maaf berkali-kali kerana perkara yang tidak dijangka itu.
“Hai, ini adalah Chen, saya mengambil masa yang lama untuk menulis kepada anda.
“Saya risau jika saya menyakiti anda jika tersalah bicara tapi pertama kali saya ingin meminta maaf kepada mereka yang menantikan kenyataan daripada saya.
“Saya juga ingin meminta maaf kepada EXO-L yang mungkin terkejut dengan berita perkahwinan saya.
“Pada mulanya saya tak tahu nak cakap apa tapi saya merasakan bahawa saya patut beritahu EXO-L dulu (berita itu) akan tetapi disebabkan saya tidak berhati-hati ketika menyampaikan berita membuatkan ramaj yang kecewa dan sakit dengan kata-kata saya.
“Melihat perkara ini, hati saya turut sakit bersama-sama anda.
“Tapi saya sangat bersyukur dengan segala kasih-sayang yang anda dah berikan kepada saya dan saya berada di sini sekarang kerana kasih-sayang anda semua.
“Sekali lagi, saya ingin meminta maaf kepada anda semua kerana permohonan maaf ini sudab terlalu lewat. Saya akan terhs berusaha sebaiknya demi anda. Terima kasih,” tulisnya.
Sebelum ini, Chen mengumumkan kepada peminat akan berkahwin dan sedang menanti kelahiran anak pertama mereka menerusi satu surat pada 13 Januari lalu.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






